Hari: Isnin
Tarikh: 28 Februari 2011
Kelas Modal Insan berjalan seperti biasa. Oleh sebab, open book test diadakan pada minggu lepas, Dr. Azhar mengulas mengenai jawapan yang telah dibuat oleh kami semua. Hampir keseluruhan pelajar menulis semula jawapan daripada buku dan bukan idea sendiri. Hal ini menyebabkan Dr. Azhar menegur tabiat yang kami lakukan.
Dr. Azhar: Masa exam nanti saya nak buat open book kepada kamu semua. Alat yang kamu perlu bawa adalah gunting dan gam sahaja. Lepas itu kamu tampal jawapan tersebut pada kertas jawapan.
Ulasan:
Walaupun kata-kata beliau agak kelakar tetapi mempunyai makna sindiran yang halus. Sebagai pelajar teguran yang berlapik seperti ini mungkin akan mengubah sedikit sebanyak sikap yang kurang baik dalam diri kami. Teguran atau sindiran seperti ini kadang kala mampu mengubah seseorang dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment