Hari: Selasa
Tarikh: 15Februari 2011
Semester lepas saya menemani kawan saya untuk mengambil slip keputusan peperiksaan dengan Penasihat Akademiknya. Penasihat akademiknya merupakan seorang pensyarah perempuan. Kami bernasib baik kerana Penasihat Akademik kawan saya ada di dalam biliknya. Dengan sopan kami mengetuk bilik dan memberi salam. Kami berdua masuk ke dalam bilik.
Kawan: Doktor saya nak ambil slip peperiksaan.
Penasihat Akademik: You siapa? Kalau kita masuk ke rumah orang bagitaulah nama. (tegas nada suaranya.)
Kawan saya memberitahu namanya dan tujuannya datang ke bilik. Kemudian Doktor itu melihat ke arah saya.
Penasihat Akademik: And you pula siapa?
Saya: Saya kawan dia.
Penasihat Akademik: Ada saya jemput you masuk? Kalau tuan rumah tak bagi masuk awak jangan masuk! Kita menjaga adat Melayu apabila berkunjung ke rumah orang. (Nada suaranya masih tegas dengan accent Inggeris )
Ulasan:
Peristiwa yang berlaku pada hari itu masih saya ingati sehingga kini. Saya mengambilnya sebagai pengajaran. Dalam menjalani kehidupan kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Dalam memberi teguran, kita perlu berhemah supaya pelajar menghormatinya. Mungkin konsep kesopanan antara seseorang dengan seseorang yang lain berbeza. Walaupun begitu, jika ingin menghalau seseorang keluar daripada biliknya perlulah dengan cara yang tidak menyakitkan hati seseorang.
No comments:
Post a Comment