Hari: Khamis
Kelas Karya Agung pada hari ini berlangsung seperti biasa. Perkara yang ingin saya kupaskan pada hari ini adalah mengenai cara komunikasi. Dalam kelas ini, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan bertanyakan soalan mengenai maksud isu dengan gejala. Beliau meminta seorang pelajar perempuan (Pelajar X) menjawab soalan yang dikemukakan tadi. Pelajar tersebut merupakan pelajar yang berasal dari Kelantan.
Prof Abdullah Hassan: Apakah maksud isu dan gejala?
Pelajar X: Pada pendapat saya prof isu adalah sesuatu yang menjadi perbualan ramai...
Salah seorang pelajar di dalam kelas menambah, “sesuatu yang diperkatakan orang dan boleh menjadi perkara yang besar”.
Pelajar X: Hoo...saya setuju.(dalam bahasa Kelantan ‘ho bermakna ya!)
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan member teguran secara lembut mengenai masalah ini. Beliau menyatakan bahawa sebagai seorang guru kita perlu biasakan diri bercakap dalam bahasa Melayu baku. Elakkan daripada menggunakan bahasa dialek apabila mengajar dan menjadi seorang guru. Kita juga seboleh-bolehnya perlu mengelakkan penggunaan ‘ –lah’ semasa mengajar.
Ulasan:
Teguran yang diberikan oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan amat bermakna kepada kami semua. Sebagai bakal seorang guru perkara ini amat penting supaya apabila mengajar, masalah seperti ini tidak timbul. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sudah terbiasa bertutur dalam bahasa dialek. Kadang kala dialek ini akan terkeluar sewaktu membentangkan sesuatu atau menjawab soalan. Walau bagaimanapun masalah ini masih boleh dielak sekiranya kita cuba berkomunikasi dengan bahasa baku dalam kehidupan harian kita.
No comments:
Post a Comment