Hari: Isnin
Tarikh: 14Februari 2011
Cerita yang ingin saya kongsikan hari ini adalah perkara yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu. Sebelum cuti Tahun Baru Cina yang lalu, Profesor Mana Sikana telah menjemput semua pelajar Drama dan Amali Seni Lakon datang ke majlis perkahwinan anaknya. Saya dan kawan-kawan berasa sangat teruja dengan jemputan itu dan menulis nama untuk hadir. Pada hari yang dinyatakan, kawan saya meminta saya turun pada pukul 9.15 pagi kerana bas dijangka bertolak pada pukul 10 pagi. Perasaan kami sangat gembira kerana buat pertama kalinya kami dijemput ke rumah Profesor Mana Sikana. Sepanjang menunggu ketibaan bas, kami mengambil peluang mengambil gambar di hadapan Auditorium sebagai kenangan. Tepat pukul 10 pagi, bas masih tidak datang. Kami menunggu sehingga pukul 11 pagi.
Azira:Mana bas ni?Lambatnya datang.
Siti: Entah-entah tak jadi datang.
Pija:Biasa bas dah datang masa ni. Kita tunggu kejap lagi.
Tiba-tiba salah seorang daripada kawan kami datang. Berita yang dibawakan amat mengecewakan kami semua yang menunggu hampir dua jam lamanya.
Fadzil :Maaf semua. Kita tak dapat pergi ke rumah Profesor Mana Sikana pada hari ini.
Kawan-kawan: Kenapa??
Fadzil: Aku telefon pak cik bas dan dia cakap dia tidak mendapat arahan untuk program hari ini.
Kawan-kawan:Hah!apa??Macam mana boleh jadi macam tu.
Fadzil: Aku pun tak tahu. Aku hanya mengambil alih tugas yang diberikan tapi aku tak tahu pula boleh jadi macam ni. Tak tahu siapa yang bersalah.
Kami hanya mampu mengeluh dengan keadaan ini. Sejak dari pagi kami bersiap dengan perasaan yang gembira akhirnya diakhiri dengan rasa kecewa.
Ulasan:
Peristiwa yang berlaku pada hari ini sangat memberikan makna kepada kami semua. Walaupun perasaan masing-masing dalam keadaan marah dan kecewa tetapi kami mampu menghadapinya. Daripada peristiwa yang saya dan kawan-kawan alami pada hari membuktikan bahawa komunikasi berkesan amat penting. Kedua-dua pihak perlu memahami sesuatu perkara yang cuba disampaikan. Jika komunikasi tidak berlangsung dengan baik, kesannya boleh menyusahkan ramai pihak.
No comments:
Post a Comment