Hari: Khamis
Tarikh: 10 Februari 2011
Kelas Sosiolinguistik berjalan seperti biasa pada hari ini. Terdapat beberapa perkara menarik dan melucukan berlaku di dalam kelas. Tajuk yang diajar oleh Dr. Siti Saniah pada hari ini adalah berkenaan dengan “Kesetiaan Terhadap Bahasa.” Dr. Siti Saniah menerangkan dengan menarik mengenai tajuk ini bagi memudahkan kami memahami perkara yang diajar. Seterusnya kami belajar mengenai bagaimana pertembungan bahasa berlaku. Negara Jepun menjadi sebutan kerana telah menjajah Tanah Melayu untuk beberapa ketika pada zaman dahulu.
Dr. Siti Saniah: Selipar Jepun kini menjadi style remaja masa kini. Selipar Jepun kini mempunyai pelbagai jenis kerana ada yang rendah dan juga yang tinggi.
Pelajar: Ya Doktor. Sekarang pergi Kuala Lumpur pun orang dah pakai selipar Jepun.
Dr. Siti Saniah: Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh pengaruh dari negara Barat. Mereka yang pakai Jeans dan selipar Jepun dianggap sebagai seorang yang bercita rasa tinggi. Selipar Jepun kini boleh dipakai dimana-mana sahaja. Hal ini berbeza dengan zaman dahulu. Kalau dulu selipar Jepun digunakan...
Dr. Siti Saniah: Jamban??Perkataan Jamban tidak sesuai digunakan sewaktu dalam kelas kerana kelas dianggap sebagai majlis formal. Kita perlu menggunakan ‘eufemisme’ iaitu melembutkan bahasa sewaktu bertutur. Oleh itu perkataan ‘jamban’ perlu ditukar kepada ‘tandas’ bagi melembutkan bahasa.
Ulasan:
Pembelajaran yang berlaku pada hari ini banyak member pengetahuan kepada saya. Mungkin sebelum ini penggunaan bahasa yang digunakan oleh ramai orang agak kasar tanpa disedari mereka. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa bahasa yang dituturkan itu merupakan bahasa yang tidak sesuai dengan situasi. Golongan remaja perlu dititikberatkan menggunakan bahasa yang baik sewaktu bertutur kerana bahasa mencerminkan jati diri sebenar seseorang. Melalui ungkapan eufemisme percakapan yang kasar akan bertukar menjadi percakapan yang lebih sopan.
No comments:
Post a Comment