Hari:Isnin
Tarikh: 14Mac 2011
Hari ini saya ingin bercerita mengenai latah. Penyakit latah ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Kita biasa berjumpa dengan mereka yang suka melatah walaupun hanya perkara yang kecil. Saya juga tidak terkecuali mempunyai kawan yang suka melatah. Antara latah yang tidak boleh saya lupa adalah sewaktu kawan saya ini tersadung kakinya;
Kawan saya: Opocot!mak kau jatuh!
Biasanya orang yang suka melatah ini akan melatah jika mereka dalam situasi yang membuatkan mereka terkejut. Namun terdapat juga kawan sekolah saya dahulu yang suka melatah sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Kadang kala mendengar oarang melatah ini menimbulkan kelucuan tetapi sekiranya melatah perkara yang bukan-bukan akan menimbulkan rasa meluat oleh orang lain.
Contoh video mengenai latah
Ulasan:
Saya rasakan penyakit latah ini boleh diatasi sekiranya mereka tidak terlalu memikirkan perkataan itu sewaktu menghadapi situasi terkejut. Penyakit latah ini berlaku tidak mengira golongan sama ada golongan muda atau golongan tua. Seboleh mungkin kita perlu mengelakkan diri daripada melatah supaya tidak menjadi satu penyakit kepada kita.
No comments:
Post a Comment