Hari:Rabu
Tarikh: 2Mac 2011
Saya sebilik dengan pelajar yang berasal dari Kedah. Dia suka bercakap dalam loghat Kedah dan saya pula bercakap dalam loghat Terengganu. Walaupun berlainan loghat tetapi kami cuba memahami apa yang cuba disampaikan. Kalau tidak faham, masing-masing akan bertanya maksud sesuatu perkataan itu. Suatu petang, saya ingin membeli makanan di kedai. Budak sebilik saya bertanya;
Kawan sebilik: Kak Jeda nak pi mana ni?
Saya: Kak Jeda nak beli makanan. Nak kirim ke?
Kawan sebilik: Nak!Saya nak kirim “aih ketoi” ye!
Saya: “Aih ketoi” ada jual kat kedai makan ke?Tak pernah dengar pun. Kuih apa tu?
Kawan sebilik: “Aih ketoi” tu bukan kuih la. “Aih ketoi” tu ais la.(Dia ketawa sakan)
Saya: Oh!ingat kuih tadi.
Gambar Hiasan
Ulasan:
Tinggal bersama kawan-kawan yang berlainan negeri turut memberikan pengalaman yang bermakna dalam hidup seseorang. Secara tidak langsung kita boleh belajar mengenai dialek-dialek mereka. Disinilah keunikan yang terdapat dalam bahasa. kita tidak perlu hanya mengetahui dialek kita sendiri serta baku tetapi kita juga perlu tahu sedikit sebanyak dialek negeri lain. Hal ini juga penting untuk kita aplikasikan semasa kita bekerja kelak. Kemungkinan kita tidak bekerja di negeri kita sendiri dan bertugas di negeri lain. Semasa belajar inilah kita perlu banyak bergaul dan berkomunikasi dengan mereka yang berlainan negeri.
No comments:
Post a Comment