Hari:Khamis
Tarikh: 10 Mac 2011
Satu lagi maklumat baru yang saya peroleh melalui kelas Karya Agung pada minggu ini ialah mengenai Teori Ketampanan Sosial. Saya pada mulanya memang tidak mengetahui adanya teori ini. Namun selepas Profesor Emiritus Dr. Abdullah Hassan menjelaskan mengenai teori ini barulah saya faham. Apakah yang terdapat dalam teori ini:
- · Guru menjadi tampan apabila berkelakuan mulia.
- · Seseorang itu mesti mempunyai ilmu.
- · Jangan memanggil orang dengan gelaran yang sama rata.
- · Kita perlu bercakap dalam bahasa tinggi. Jangan “you all dengar tak??”
- · Rapi dari segi tatabahasa, sebutan dan berbudaya tinggi.
Ulasan:
Melalui Teori Ketampanan Bahasa ini saya memperoleh satu lagi ilmu baru. Penerapan yang digunakan sangat mudah tetapi agak sukar untuk dilakukan sekiranya tidak berusaha. Saya akan cuba menjadi seorang yang mempunyai ketampanan dalam berbahasa supaya saya tidak dipandang rendah oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment