Hari:Rabu
Tarikh: 9 Mac 2011
Setiap kali saya mengikuti kelas Karya Agung, saya pasti akan mendapat perkara baharu atau mendengar teguran daripada Profesor Emiritus Dr. Abdullah Hassan. Salah satu perkara yang menarik hati saya adalah teguran beliau mengenai warna pakaian pelajar. Walaupun tegurannya lembut dan kelakar tetapi sangat memberi makna kepada kami semua mengenai penampilan kami.
Profesor Abdullah Hassan: Saya ingin menyentuh mengenai warna pakaian cikgu-cikgu. Kalau ingin berpakaian pilihlah warna pakaian yang siuman. Pilihlah warna-warna pucat dan tidak bercampur warna. Warna-warna inilah warna yang siuman.
Kami semua ketawa mendengar kata-katanya. Warna pakaian pun ada warna siuman ke??mungkin itu yang terlintas dalam fikiran setiap pelajar. Kata-katanya seperti mengena batang hidung saya sendiri kerana warna baju yang saya pakai pada hari itu agak terang dan bercampur warna. Oh tidakkkk!!Warna pakaian saya adalah tidak siuman.
Gambar hiasan:warna siuman
Ulasan:
Walau bagaimanapun perkara yang beliau cuba sampaikan adalah kita janganlah memakai pakaian yang terlalu menyerlah dan pelbagai warna. Hanya sekadar satu warna dan warna-warna yang pucat sudah memadai. Sebagai seorang bakal cikgu cukuplah berpenampilan sederhana tanpa melebihi had.
No comments:
Post a Comment