Hari:Selasa
Tarikh:18 Januari 2011
Hari ini jadual kelas saya agak padat.Kelas yang bermula pada pukul 8.00 pagi di Proton City akhirnya berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Cuaca panas terik pada hari ini menyebabkan saya berasa tersangat letih. Tambahan pula saya terpaksa berdiri di dalam bas dari Proton City sehingga ke kolej. Perasaan letih dan lapar mula menguasai dalam diri saya. Akhirnya bas sampai juga ke kolej kediaman. Saya tidak sabar untuk sampai ke rumah bagi merehatkan badan yang letih. Sewaktu saya membuka pintu rumah, saya terus disoal oleh adik serumah dengan saya;
“Kak Jeda gi mana ni?nape kuar tak tutup pintu bilik dengan lampu dan kipas yang terpasang?” soal budak serumah ini.
Saya hairan dengan soalan yang diajukan ini. Saya baru pulang dari kelas dalam keadaan yang letih dan terus diajukan soalan yang bukan-bukan. Sedangkan saya yang keluar lebih awal daripada adik sebilik saya dan kenapa pula saya yang ditanya.
“Kak Jeda baru balik dari kelas la,”saya menjawab dengan kesabaran yang masih bersisa dalam diri.
“Abis tu kalau Kak Jeda baru balik, kenapa bilik Kak Jeda terbuka?”sekali lagi budak serumah ini bertanya.
“Mana la Kak Jeda tau sape yang tak kunci pintu bilik tu,”saya membalas.
Adik sebilik saya yang terdiam di muka pintu mendengar kami bercakap. Dia kelihatan terfikir sejenak dan kemudian bersuara;
“Alamak Kak Jeda!Saya terlupa nak tutup pintu bilik tadi. Saya ingat Kak Jeda tak tutup pintu tadi. Baru saya teringat Kak Jeda keluar dulu pagi tadi. Soriiiiiii!”
Saya hanya mampu menggeleng-geleng kepala dengan situasi hari ini. Saya bersyukur kerana tiada sebarang benda yang hilang disebabkan kecuaian adik sebilik saya.
Ulasan:
Perkara seperti ini perlu dielakkan sekiranya kita tinggal bersama-sama dalam sebuah rumah. Sikap saling berkerjasama dan menjaga perasaan antara satu sama lain amat penting dalam mengukuhkan persahabatan. Sekiranya kita ingin bertanyakan soalan, kita perlu melihat situasi terlebih dahulu. Sekiranya seseorang itu di dalam keletihan dia perlu diberi masa untuk menghilangkan segala keletihannya. Hal ini kerana, apabila seseorang itu berada dalam keletihan mereka akan berasa mudah marah dan boleh menyebabkan sengketa. Setelah keletihannya reda, barulah boleh bertanya soalan dan soalan yang dikemukakan itu bukan dalam keadaan menuduh. Jika berlaku silap pertanyaan boleh menyebabkan hati seseorang itu terguris.
Selain itu, sebagai rakan sebilik kita perlu bersama-sama menjaga keadaan bilik. Kecuaian seperti membiarkan pintu bilik terbuka boleh menyebabkan barang-barang dicuri. Hal ini boleh menimbulkan konflik yang lebih besar antara mereka. Sebagai ahli rumah mereka perlu menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
No comments:
Post a Comment